~Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan. pergilah ke tempat2 yang ingin kamu pergi. Jadilah seperti yang kamu ingin, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal2 yang ingin kamu lakukan~
Semalam CheDa pegi pasar malam & beli buah ni. Suka rasanya tapi tak tahan bau. Macam kes duqhuyan jugak. Takleh makan banyak...tapi nak makan selalu. 1 kilo RM 5...CheDa ambil 3 biji je. Kena beringat sebab perut ni sangat sensitif.
Meh la makan sesama buah kuinin...(CheDa ajak2 itik je ni). Hehehe.
**********************************************
Sebelum singgah pasar malam tu, CheDa pi pusat tayar & servis keta...dekat kawasan rumah gak. Nak check balancing...masa gi jitra aritu, bila speed over 100 stereng dah gegar.
Bila check tayar, 2 bijik kena tukar...sebab dah botak. Tayar belakang ok lagi. Sepanjang diorang buat keja, CheDa jadi mandur...takmau diorang buat benda yg tak perlu pastu charge mahal. Kawan CheDa enforcement kat KPDNKK...selalu repair keta kat sini gak. Dia pesan klu ada apa2 tak puas hati bgtau dia. Tu pasal berani pergi sorang. Klu rasa tertipu CheDa bleh report Tribunal. Hehehe.
Mula la CheDa dok memikir nak cari pengangkutan alternatif. Takmau la buang duit banyak2 sedangkan banyak lagi benda CheDa bleh beli klu tak pakai keta.
Just nak bagitau....takde mood nak..... buat keja, update blog, komen blog korang dsbnya. Nak tidor tapi takleh...waaaa!!!. Klu boleh duplicate diri ini satu dok ofis satu lagi pi jalan2 kan best. Tak syok la macam ni...
Bila ntah nak kaya...klu ada duit juta2 bleh pi poya2...holiday sana sini. Nak ikut tak?...Jom (berangan sama CheDa)...
Persediaan menghadapi situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan.
Herba Penawar Al-Waheeda (HPA)...produk muslim 100%.
Pas baca blog Is, teringat lak kat kawan yang baru2 ni pergi dengar taklimat MLM. Dia tak masuk coz modalnya tersangatlah tinggi. Pas dok msg2 dengan dia, CheDa janji nak pergi cari info. Sebelum ni ada juga beli produk HPA (kopi RADIX & supplement) melalui kawan. Petang tadi CheDa pergi pusat jualan, study sikit pasal sistem direct selling ni. Kira ok la, masuk ahli pun tak mahal & tak rugi sebab boleh beli barang dengan harga diskaun. Pasal nak buat bisnes ni, CheDa baru dok pikir2 strategi.
Pasni kena study produk & pelan pemasaran yang disertakan dalam Kit Niaga. Pastu klu betul2 berminat, bleh pergi kursus & perjumpaan mingguan.
*** Sekali fikir macam lucu pulak...sesuka hati CheDa pegi terjah pastu join terus.
Dapat cuti sampai Ahad...dari awal tahun dok berkira2 nak cuti panjang. Penat la...besday Sultan Kedah pun keja gak. Urat saraf ni semua dah tak betul...kepala pun ada mengong2 skit. Minggu lepas bgtau secara lisan nak cuti, puas jugak bertekak. Kelmarin CheDa cakap elok2, '13 hari tu klu nak burnkan bos sanggup bayar ke?'...dia diam pastu minta form cuti nak sign. Heh3 (gelak jahat ni)...kadang2 kena jugak tunjuk tanduk.
Baru lepas nengok dvd Mr & Mrs Smith....buka blog ekawan, topik menarik...bola. Actually CheDa tak sihat arini...angin dari perut dah naik kat kepala. Sengal2 satu badan...tapi bola punya pasal CheDa nak juga menulis sesuatu.
1st game lawan Johor kat tmpt lwn, menang...Azlan buat hatrik. Rasa mcm petanda baik. 2nd game kat SDA lwn Perlis..hampess. Serangan tumpul, takleh nak control games...berterabur. Hantar bola ntah ke mana2...mcm bebudak sekolah main jer. 3rd game kat SDA lwn Johor FC...kira ok skit. Dah boleh control games. Penyudah je teruk...JFC score pun dah last minute. Takleh nak buat apa dah.
Malam ni dgn Kelantan, klu boleh main macam lwn JFC...pastu bhgn forward bleh buat sesuatu...Insyaallah bleh menang. Tu je kelemahan Kedah yg paling ketara & perlu ada perubahan drastik.
Next games dgn Perak kat SDA plan tak nak pi. Tp klu menang malam ni...plan boleh ubah. 26hb dgn P.Pinang kat Batu Kawan, Insyaalah dah set nak pi.
~ PULUN KEDAH PULUN ~
*** Nak harap lebih2, menang selalu pun tak juga. Tapi klu dapat tunjukkan peningkatan & penyokong boleh terima/puas hati dgn corak permainan pun dah cukup. Menang kalah adat permainan... biar menang bergaya & kalah bermaruah!
Sedikit Renungan : Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh."
"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA , sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".
"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka,"
Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".
"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja".. "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."
" Has ut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."
"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya"
"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehar i".
"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.
"Muatkan gambaran wani ta yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi p ada isteri-isteri mereka"
"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".
"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga"
"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."
"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan"
"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK ." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata.
"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usaha nya yang kuat (bukan atas izin Allah)."
PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS ." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta."
"Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"
Tidur tak cukup (tengok bola punya pasal)...keja berlambak...mood tak dak. Pastu kena prepare untuk meeting kat HQ hari Isnin ni. Antara meeting dgn rutin keja hari Isnin yang padat. Dua2 penting...tak tau nak pilih yang mana. Ikut hati, tak mau pi meeting...tapi 1 lawan 13...menang kat depa la. Bos terus fix... INI ARAHAN...u bersedia. Nak bagi org lain cover analisis...comfirm jadi cacamarba...pastu CheDa juga nak kena jawab, nak kena perbetul. Orang satu, klu belah dua comfirm jalan...jadi keliwon lak.
Petang tadi buat discussion kat ofis...bos kecik dah pening & segala kepeningan dia telah beralih kat CheDa. So far tak nampak lagi jalan...
Jumaat & Sabtu kena keja. Nak berdepan dgn bos2 besar bukan bleh pi menonong je. Base on meeting lepas...kaw kaw punya kena. Bleh jatuh ayaq mata...ngeri!!!).
Ahad plan nak piknik, mandi manda. Tapi...mesti tak dak mood nak bergumbira kan...
Serious...CheDa tension!!!
Hampir jam 6 pm siap tukar baju kat ofis...nak pegi joging...nak tenangkan diri. Cadang nak singgah je kat tasik dekat rumah. Masa tengah gerak keluar, sorang kawan ajak pi joging sesama kat tempat baru. Tapi bukan joging pun...3 kali pusing ikut trek...jalan sambil berbual. Dah jadi dating kot...tak paham!!! Boleh pula dia cakap, esok pagi CheDa pi keja dia nak datang joging kat sini sesorang. Takleh joging ke klu CheDa ada...yg tadi nak ikut tu sapa suruh. Grrrrrrr!!! Tak hilang juga la tension CheDa.
Malas nak fikir, pukul 7 lebih gerak balik & singgah beli makanan kat peberet restoren.
Dapat kenyangkan perut...tapi kepala tetap biol.
*** Dalam entry lepas CheDa ada bgtau nak berchenta2 dalam tahun 2010 ni. Tak rasa pula dok di alam perchentaan...tp rasa macam dah jadi playnaga (bleh geng dgn BL kot)...sana sini CheDa cakap single (sbb rasa macam masih single). Sekali jumpa depa dah jiwang. Bukan salah CheDa ni. Tak ayat apa2, tak ngada2...jmpa as kawan saja & memang nak berkawan2 dengan seikhlas hati. Dah maklumkan sebelum jumpa!!! Susah la bila declare masih single ni? Klu cakap tengah mencari bofren yg ke 108...ada ke yg berani nak dekat?
*** Pasni klu CheDa terjun laut ker, kena kerat 18 ker or segala perkara yg sadis...CheDa tinggal satu pesan utk korang....'kenang daku dalam doamu'.
~ Nak tidur dulu. Klu bleh tahun depan baru nak bangun~
Aktiviti joging petang semalam telah dibatalkan. Bukan kerana langit gelap or guruh berdentum...
Tapi...CheDa telah meletihkan diri berkunjung ke Stadium Darulaman sempena perlawanan pertama TM Liga Super 2010 pasukan Kedah kat tempat sendiri. Bertolak jam 6 pm, sampai rumah 12 am.
Dengan bangganya diumumkan kekalahan 0 - 1 ke atas Perlis yang hanya bermain 10 orang. Cemerlang gitu...
Mungkinkah Stadium DA akan menyaksikan lebih banyak kerusi dari penonton?
Aku sudah berlari mengejar yang tak pasti Mengejar kamu hanya dirimu Kulangsungkan hidupku Kubisikkan cintaku Hanya utkmu
Tapi engkau terus pergi Tapi engkau terus berlari Jadi biarkanlah aku disini
Biarlah kurela Melepasmu Meninggalkan aku Berikanlah aku Kekuatan untuk lupakanmu
Waktu terus bergilir Sakit tetap mengukir Jalan hidupku Berikanlah jiwamu Berikanlah cintamu Hanya untukku
Tapi ngkau terus pergi Tapi engkau terus berlari Jadi biarkan la aku disini
Biarlah kurela Melepas mu Meninggalkan aku Berikan lah aku Kekuatan untuk lupakanmu
Kau jauh dariku Kau tetap menjauh Dari aku Kau jauh dariku Kau tetap menjauh dari aku
Mengejar kamu hanya dirimu Kulangsungkan hidupku Kubisikkan cintaku Hanya utkmu
Tapi engkau terus pergi Tapi engkau terus berlari Jadi biarkanlah aku disini
Biarlah kurela Melepasmu Meninggalkan aku Berikanlah aku Kekuatan untuk lupakanmu
Waktu terus bergilir Sakit tetap mengukir Jalan hidupku Berikanlah jiwamu Berikanlah cintamu Hanya untukku
Tapi ngkau terus pergi Tapi engkau terus berlari Jadi biarkan la aku disini
Biarlah kurela Melepas mu Meninggalkan aku Berikan lah aku Kekuatan untuk lupakanmu
Petang ni plan nak pi joging. Nak keluarkan peluh malas & lemak2 tepu. Kepala ni macam dah sewel...jangkit kat AJ la ni (walau sebenarnya takde kaitan). Betul tak Makcik Vouge?
Balik dari ofis nak terus singgah kat tasik. Klu balik rumah dulu, comfirm tak jadi.
Main capai je apa yg patut. Nak joging dgn uniform yg tengah pakai ni...nanti Makcik Vogue bunuh diri pula dgn ke-vogue-an CheDa.
*** Klu jadi pi stadium petang ni, cancel la plan CheDa ni.
Dari daerah yang semakin dihimpit dari kesungguhan pengorbanan yang masih tinggal sedikit Jerihku perah kudratku asak tekadku pasak Anganku bukan mimpi Citaku bukan ilusi dan demi sebuah denai harapan yang bakal ku usahakan bagaimana datangpun lingkar rintangan bagaimana datangpun beban tekanan
Ya Rahman tunjukkan jalan permudahkan perhitungan
Betapa sedang bermimpi pada keindahan sebuah penghidupan tersonsang paut pada sebuah pertanyaan tersedarlkah nanti aku pada perjanjian `LIMA WAKTU` yang dibiarkan pantas berlalu di waktu nazak datang untuk sama-sama tumpang beradu
Barangkali kita masih duduk menunggu
Barangkali kita sedang tercungap mengejar sesuatu
Barangkali kita hanya berdiri terpaku-kaku membatu bisu memerhati gerak waktu tertib berlalu mencantas tiap detik catan tingkah dan laku
Mimpikan apa teman mimpi apakah kita teman kerlinglah di hadapan tinjaukan perjalan panjang yang kian pendek ini barangkali berakhir hanya dengan segunung harapan
*** Puisi ni nukilan rasa kartunis Shaari Sulong (AIE). Antara hasil karya popular beliau....Blues Untuk Aku & Aku Dan Sesuatu.
Tshirt ni CheDa beli masa kat kampus masa demam masa demam blues melanda...dah lebih 10 tahun Simpan buat kenangan je la. Saiz XL... sekarang pakai baju saiz M.
Ini pun sama usia dgn tshirt. Dah lebih 10 tahun juga temankan CheDa tidur. Comot...bila ntah nak masukkan 'Bucuk' ni dalam washing machine. Kena tunggu hari betul2 panas baru bleh cuci. Pasni dia dapat madu kot. kekeke
*** Pasal hasil kerja kerastangan dalam entry lepas, tqvm...cuma tak mampu la nak buat byk2...renyah/rumit keja dia. Mencabar kesabaran CheDa yg tak berapa nak sabar ni.
*** Nak daki Bukit H kat Taman Semarak. Dekat area Sg Pasir...masuk ikut jalan sebelah kanan Giant.
*** Mengkuang Dam tu Lata Mengkuang kat Sik tu ker. Klu betul...mandi pernah la kat situ. Banyak pacat...
Aktiviti asal nak pegi daki bukit. Jumlah peserta 5 orang, 1 lelaki 4 perempuan. Dua org tarik diri last minute, sorang lelaki tu tak berani jaga 2 perempuan. Klu 4 takper...nyamfah!!! Bukit yang nak didaki tu pulak agak mencabar...sorang kawan citer ada pendaki dengar bunyi rimau mengaum. Tak pasti la kesahihannya...setakat ni takder pula dengar org kena baham.
Plan dah bertukar...nak pegi joging malas walaupun tasik tu cuma 500 meter dari rumah. Malas nak keluar rumah sebenarnya. Dalam dok memikir nak buat apa, CheDa jumpa sebungkus perca kain dalam kotak kat bilik belakang. Yesss...idea sudah mari. CheDa taburkan semua perca tu atas lantai & pilih2 mana yang elok...pastu potong.
Cantumkan selang seli pastu jahit...guna mesin comel je. Mesin besar dah hantar balik kg.
Ni le hasil kerja 'kerastangan' CheDa...zip tak letak lagi ni, nak kena beli. Yg besar bleh letak telekung simpan dalam keta & yg kecik tu bleh isi bedak, pelembab, lipstick dsb.
*** Semalam CheDa dah letak zip, arini bawa datang ofis. Kaler merah tu kawan dah kebas. Pastu ada lak yang tempah...tahun depan kot baru siap. Hehehe.
*** Ada org tu...tak caya tangan CheDa yang keras ni bleh jahit2. Siap dok sindir2...cuti mesti golek2 depan tv. Meh nak tolong jahit mulut tu!
Ni ada satu lg....
Dah sebulan beli...bacanya tidak. Klu novel & majalah yg takdak pekdah tu...tak dan sehari khatam.
Tadi kannn...ada kawan kita tu kannn...tempek gambar Mee Hailam kat blog dia. Tetiba je CheDa rasa semacam, teringin sangat walaupun dah makan nasi goreng waktu minum pagi. Patutnya bleh tahan sampai lewat petang. Maka kannn...CheDa paksa bos kecik pi beli...klu tak, tak mau buat keja (acah je).
Mee Hailam + Teh Ais....bleh tahan. Nampak yg kat blog Nieb lg best.
Ni nak share satu citer. Masa bulan posa lepas kannn...ada kawan kita tu kannn...pi tempek gambar Mee Kari kat blog dia. CheDa terpana...tergoda. Petang tu jugak pi cari untuk berbuka. Puas tanya kat kawan2 mana ada jual...tapi tak dak sapa tau. Maka...terpaksa la CheDa menjelajah Bazar Ramadhan...tak jumpa. Mee Rebus je yg banyak dijual. Hari kedua cari lagi...tak jumpa jugak. Sambil bawa keta, teqheyak sampai rumah. Siriyesss...dah putus kasih asa.
Hari ketiga, saja singgah depan maktab (IPSAH)...ada la pulak. Beli jugak walaupun dah kecik ati. Tapi makan dah macam takdak nikmat. Tak abis pun.
Mee Hailam tadi pun tak abis gak...banyak sangat. Hehehe.
Dak lama tak update blog, arini baru ada kesempatan nak cuci sawang. Hehehe. Banyak benda nak cerita...tapi takde mood sebelum ni. Taip separuh jalan pastu delete. Tak tau nak mula mana satu.
Ada beberapa hal penting berlaku sejak akhir Dis 2009 hingga Jan 2010.
1. Pindah ofis
Masuk tahun baru ni, dok ofis baru. Hujung tahun 2009 sibuk pindah barang. Takleh nak serah 100% kat kontaktor, nanti hilang semua benda2 penting. Ofis baru air-cond cam dok dalam peti ais. Tak suka...temporary takleh adjust setting sbb semua dah centralized. JKR nak datang check semula kerja kontaktor. Ikut hati, nak baling je dgn kasut. Beku otak la camni.
2.Adik bongsu tunang
Dik Na...pasni Dik Wan lak (adik lelaki). Calon dah bawa balik tunjuk kat family. Semua adik-beradik tinggi, besar & gelap skit. CheDa sorang terbantut & lain kaler.
Patut buat bulan Jan ni, ntah apa yg depa kalut sangat buat hujung bulan 12 lepas. Serba ringkas je, pihak lelaki datang merisik bulan 11 sebelum Raya Haji. Yang tak best, kakak dia ni kena serang hendap dengan soklan hampeh...'kakaknya bila lagi?'. Jawapan fed-up dari CheDa...'Ingat nak kawin lari, tapi takde sapa nak lari sama CheDa...tu pasal tak kawin2 smpai skrg'. Ambik hang...tanya la lagi!!!
3. Kena jadi serius...
Kat ofis CheDa ada beberapa kerat dari spesis biawak komodo...sorang mamat ni dah kena sembur. Pastu siap nangis2 lagi. Takleh terima hakikat CheDa yg selama ni jadi tempat dia mengadu segala masalah (keluarga, hal suami isteri, kesihatan, finance...etc) naik angin kat dia. Puncanya gurau tak kena tempat...sengaja nak laga-lagakan CheDa dgn sorang pompuan hipokrit yg suka tunjuk baik kat ofis ni. Base on kes lepas, benda camni ni la dijadikan bahan gossip & umpatan kat belakang. Bila dah kena marah, bleh pula pi provoke org lain...campur adukkan dgn hal keja. Pompuan ni pun satu hal...dah sah2 jenis malas nak buat keja, takyah la dok menyemak kat ofis ni. Dah banyak sangat buat hal. Nyampah betul! Dari kes personal melarat kat hal keja...ada pulak yang dok jadi batu api...sesuka hati tambah ramuan cerita.
Setiap Isnin lak... hari sibuk CheDa tahap gaban. Bleh stop untuk solat je. Bfast & lunch sekali harung. Tetiba kena arrangge meeting 'terdesak' utk settlekan hal ni. Bos kecik serah pada Cheda utk highlight semua isu sebelum bos besaq masuk campur. Dalam dok sakit kepala tu bleh plak handle meeting ni. Semua orang diwajibkan luahkan dalam meeting rasa tak puas hati pasal keja, bagi pandangan secara terbuka. Klu dok buat hal lagi...pi menjawab sendiri dgn bos besaq. Hal personal settle sendiri. Contoh kes...time keja lari pi dating ...pastu suruh org tolong punch card. Sape tak hangin...tak bgtau bos besaq, kena marah bila pecah lubang. Bagitau, kena marah dengan yang buat hal. Bos kecik...lembut hati sangat. Ayat hampeh dia "saya sayang semua anak buah, tak mau sesapa kena terminate...tak mau tutup periuk nasi org". Dah kena maki dengan anak buah pun bleh sabar lagi.
Meeting punya pasal, pukul 5 baru sambung keja sendiri. Keluar ofis pukul 8, janji nak dinner dengan kawan kena cancel. Dah tu dia posting jauh...tak sempat nak jumpa. :-(
Sekarang bleh dikatakan semua clear...keja pun dah lancar. Beza dengan dulu, CheDa dah takleh nak gurau2 dgn spesis lidah bercabang ni. Serius tahap rimau. Nak berurusan, hal keja sahaja! Sekali terkena cukup la. Forgive...yesss, forget...noway!!! (Cam kes kak Chimorin pulak). Dah bagi muka kena pijak kepala...sape nak!!!
*** Banyak lagi nak cerita, nanti je sambung. Panjang sangat dah ni.
*** Pagi tadi main badminton. Pastu ada yg bertanya. So, nak share tips,...klu tak nak badan sakit, lari pusing court >< 5 pusingan camtu pastu buat regangan. Main 2 jam td pun takde rasa apa2...letih tu mesti la. Klu masuk court terus main, 3 hari la dok tanggung sakit.
*** Walau dah seminggu berlalu, nak ucap gak...HAPPY NEW YEAR 2010. CheDa naik keta lembu...tu pasal selalu lambat. :-)
*** Azam tahun baru...nak berchenta dgn org lak kot. Jemu dah chenta dgn keja. Kekeke. Yg mana satu...idaman kalbu. Kawen dulu pastu chenta2 atau yg chenta2 dulu baru kawen? Jiwa kacau nih!
Masa buat entri semalam dah sedar macam ada yang tak kena. Internet slow & asyik dc, pastu takleh post semula selepas edit.
Pagi ni pukul 8 camtu takleh connect langsung. Call Careline 1111, dia guide CheDa setup network, takleh settle. Mintak tunggu 15 minit untuk restart laptop, pun tak jadik jugak. Katanya, kawasan utara ada masalah sikit dengan jalur lebar. CheDa dah fedup tambah dgn letih kelmarin tak hilang, pulun tidoq sampai tengahari. Bangun cuba sekali lagi, masih sama je. Call balik Careline, janji selewatnya pukul 4 pm bleh connect.
Nak tidur dah jemu. Nak pergi kenduri tak larat, belakang badan rasa sengal2. Mandi, solat, makan...pastu ngadap tv. On balik laptop dah boleh connect. Lega...
Petang klu rajin nak gi tasik...pastu singgah pasar malam.
Entry pagi jumaat ada bgtau nak pegi main boling. Malam tu jadi juga walaupun plan asal dgn adik angkat dah cancel. Kena temankan kawan main, maklumlah orang nak blanja. Tapi score hancur...Tahun lepas masa ofis buat tournament bleh menang kategori wanita & kumpulan. Last main bulan lepas masih ok lagi. Kejap je tinggal hilang semua skill. Sblm nak keluar, bgtau hsmate mesti teruk main malam ni...jadi takleh nak kata apa.
Hari ni (Sabtu) janji dengan 5 orang kawan nak pergi Perlis, ada jemputan kenduri. Disebabkan pagi kena pergi ofis dulu, so kitorang decide bertolak lepas Zuhur, jam 2 dari parking ofis. CheDa cakap dgn sorang kawan, mesti diorang ikut jam melayu. Memang betul pun...pukul 2.45 baru bertolak. Nasib baik dah alas perut dengan bihun sup. Klu lapar mau angin satu badan.
Pergi 2 bijik kereta, CheDa jadi drebar@penunjuk jalan sebab pernah pergi kawasan tu sekali tahun lepas. Dari SP ke Mata Ayer, kurang lebih 140 km sehala. Ikut highway sampai Jitra. Lepas tu kawan CheDa tertinggal sikit & sesuka hati redah keluar ikut susur kanan lepas nampak signboard pergi Kangar. Puas jugak dok bagi direction & menunggu. Masa dok menunggu tu CheDa cakap..."biar sesat jangan hilang kawan". Kitorang sampai dah jam 5. Jam 6 bertolak balik, masa singgah masjid kat kwsan tu, CheDa pesan ...ikut je mana mana keta CheDa pi jangan ubah haluan, Yani (kwn sebelah) pegang peta.
Nak dijadikan cerita, keta satu lagi tu memang dok follow je kat belakang. Ntah macam mana CheDa pula tersesat masuk UUM. Klu ikut peta terus je sampai Changlun. Sampai kat depan pintu masuk UUM CheDa terus buat pusingan kat roundabout, patah balik. Kawan CheDa pun ikut je apa Cheda buat. Berhenti kat tepi jalan pastu pakat gelak. Sebabnya, diorang dah nampak susur keluar ke Alor Star tapi patuh pada arahan la takut sesat. Kan dah jadi...BIAR SESAT, JANGAN HILANG KAWAN. Sesat sama2 takpe.
Sampai rumah 9 lebih...penat. Esok ada lagi kenduri nak kena pegi. Bukan soal makan, tapi nak jaga hati kengkawan.
Kawan CheDa lukis tangan peta beserta penerangan panjang lebar macam mana nak pergi rumah dia. Tapi takde tunjuk macam mana nak balik. Tu pasal sesat.
Setiap manusia yang sedar diri mesti tak mau ada masalah bau badan kan? Ada juga yang tak kisah, tak ambil peduli sampai org sebelah terpaksa tahan nafas dan ada yang menyumpah2.
Nak selesaikan masalah BO, biasanya ini yang dicari kan....
Deodorant...ini antara yang famous la
Benda alah ni biasanya orang golek2 bawah lengan (ketiak la tu).
Tapi arini CheDa nak buat pengakuan....
Takleh la golek benda ni kat ketiak...comfirm CheDa akan gelak tergolek2. Geli woooo...
Sebagai alternative....terpaksa la tempek bedak.
Klu nak kewangian terserlah spray pulak minyak wangi dengan kadar yg sepatutnya.
Jarang guna minyak wangi, bau yg kuat buat CheDa pening...Sebotol kecil tu tahan dekat setahun.
Deodorant masih diperlukan...
Bukan di bawah ketiak CheDa...tp di bawah ketiak baju.